Guru Bakar Diri Selepas Kirim SMS “I Love You” Pada Muridnya Yang Berusia 8 Tahun

 


 Seorang guru berusia (29) nekad membakar dirinya lantaran tertekan kerana berkasih dengan seorang gadis cilik berusia 8 tahun. Tindakan nekad berbalut stress berat itu dilakukan Neil Wilkes dengan cara membakar dirinya sendiri selepas mengirim sms ‘I Love You’ kepada gadis itu!
Depresi Neil seperti dilapor daily mail diduga kerana malu. Dia memang sempat disiasat polis lantaran perilakunya berkasih dengan si gadis kecil.
Jenazah Neil yang terbakar ditemukan di Castleton, Derbyshire, oleh dua pejalan kaki. Peristiwa tragis ini memang terjadi pada akhir Oktober 2010. Namun, perkaranya masih diperiksa Pengadilan Derbyshire.
Diketahui pula, guru di Pinfold Primary School, Hyde, Cheshire, itu dipecat gara-gara dicurigai menjalin hubungan gelap dengan gadis kecil yang tak lain adalah muridnya.
Pada sidang akhir minggu ini diketahui bahawa Wilkes yang berasal dari Bolton, Manchester Raya, itu sebenarnya mulai dekat dengan keluarga remaja dari Oldham tersebut dan sering menemaninya.
Ayahnya, Ian, mengatakan di pengadilan bahawa putranya dipecat dari pekerjaan serta dilarang mendekati remaja perempuan itu selama penyiasatan polis. Wilkes pun merasa kecewa, lantas cuba minum ubat penghilang rasa sakit sampai kelebihan dos..
Psikologinya, Dr Clare Blackburn, mengatakan dalam pemeriksaan rasmi bahawa tiga hari sebelum meninggal, 20 Oktober 2010, Wilkes mengatakan kepada si gadis bahawa dia berharap dapat kembali mengajar setelah terlepas dari jeratan pasal soal pelanggaran seksual.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Design Blog, Make Online Money, Edited By Super Berita